Tragedi Pagi Tadi

Hari ini berlakunya tragedi di sebuah jamban yang sungguh menjijikkan.Tragedi yang berlaku telah menyebabkan aku mengambil tindakan drastik dengan memboikot jamban tersebut.
Padan muka jamban itu!! Kurang seorang pelanggan kau.
Tragedi yang aku maksudkan itu bukanlah bermaksud peristiwa aku diintai oleh seekor bapok.Tetapi peristiwa kunci keretaku terjatuh di dalam lubang jamban tu.Jangan anggap yang bukan-bukan , OK !
Semasa tengah sedap dok berangan sambil meneran , kunci kereta aku terjatuh dalam lubang jamban.Gabra sekejap sebab projek menabur baja asli belum selesai lagi.Ah ! Sudah , kalau tak ambil nanti balik keje aku nak naik apa.Lagipun kunci spare ada kat rumah.
Dalam keadaan mental yang separuh waras time tu , aku buka uniform kerja aku lalu aku pun seluk lah ke dalam lubang jamban.Part yang aku tak tahan adalah lembik-lembik dan geli-geli basah kat tangan.Dalam hati aku , cepat-cepatlah aku grab kunci tu secepat mungkin.Tapi malanglah proses mengagau kunci tu mengambil masa yang lama.
Dalam keadaan lembik-lembik & geli-geli basah ditambah pula dengan loya tekak , maka time tu jugak aku muntah! Keluar semua apa yang aku makan pagi tadi.
Memang cilaka time tu ! kunci tak dapat tapi tahi yang dapat ! So aku muntah lagi. Percubaan ke tiga membuahkan hasil apabila aku berjaya mendapatkan kunci keretaku.
Ya rabbi! Bila aku tarik tangan aku keluar dari lubang jamban tu , kuning sungguh tangan aku.
Uwek!! Aku muntah lagi.Terus aku sabun & bilas tangan aku sebanyak 10 kali! 10 kali rasa tak cukup , aku tambah lagi 10 kali.
Apabila dah selesai & keluar dari jamban , rupa-rupanya tangan kanan yang aku seluk dalam lubang jamban tu tadi ! omg ! x makan la aku tengahari kejap lagi….

Friendster da Best…

walaupun aku banyak peminat didalam FB..aku tetap kembali ke friendster..Friendster da best…VIVA ForeVer!

PERODUA cekik aku sampai kurus kering

Total first service kat Perodua = RM201.05.

Aku - ‘ala kak..saya takde 5 sen la….’

Akak produa - ‘keta ko atau 5 sen?

Aku - ‘pergh..keta saya bernilai 5 sen ??!! @#$%&’

2012 WE WERE AMARAN LA WEI !!!

2012 WE WERE WARNED :: Orang barat amat mempercayai tentangnya hari kiamat. Aku? Ya Allah…kuatkan amalan harian ku. Jangan Engkau membiarkan aku mengharap sesuatu yang tak pasti…. ::

Viva Forever aku belum servis lagi…

sejak aku beli bulan 9 ari tu, sampai la ne, Viva Forever aku belum servis lagi…dah hampir 6000km…sepatutnya dijadualkan servis time 1000km ari tu..pastu 5000km..tapi mana ada masa wei..la nie ingat isnin depan, nak servis..tapi..tgklah dulu….kalu2 pusat servis perodua buat jamuan makan time tu, aku datang la servis..wehehe

Makayah aku demam serentak!

Salam to all..malam tadi aku tepon ayah aku..dia bagitau, dia ngan mak aku demam da..so, apelagi, aku balik ngan tergesa2 la…

p/s: hmm…pasne kene cari keje dekat sekitar umah makayah…kene jaga diorang la..

Aku Nak Pakai Purdah !! Tak Pedulik ! Nak gak !!!!

Kisah Rozita (Sendayu Tinggi) Berpurdah

Petikan menarik:

“Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’. ”

Baca untuk kisah seterusnya.

———————————————————————————-
Untuk renungan di bulan mulia ini.
http://www.sinarhar ian.com.my/ com/content/ story3100097.asp

Saya berpurdah bukan kerana alim atau H1N1: Rozita

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

note : hehe…harap ambil pengajaran..purdah BUKAN WAJIB. Tapi lagi BAGUS pakai..ngeee~~~

Selagi Ada Mentari

pantai kat Sungai Besar, Sabak Bernam

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang

Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan

Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Rindu

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang

Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan

Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

co

Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana

Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia

Lagu: Pak Long
Lirik: Pak Long

Better then last week

Salam..

Semalam penat giler studi pasal google adsense…nak putus asa, xboleh…sebab dah ketagih..wakaka..

p/s: gaji tak masuk g…kalau org umno, depa masuk gaji 24hb..tapi kalau org PAS,aku yang tgh sengkek…Sarung Ceong ! -ntah..aku pun tak paham…